Dalam Kenangan Anugerah Skrin 2006

Nazrudin Habibur Rahman dan Nur Fazura mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan untuk mengenang pemergian seniman Hani Mohsin yang terpapar di dalam montaj berlatarbelakangkan muzik "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman. Pengacara majlis turut mempersilakan tayangan video rakaman ucapan terima kasih anak perempuan Hani Mohsin iaitu Hani Karmila yang ditemani bekas isteri Hani Mohsin iaitu Tiara Jacquelina.